Posts

Showing posts from January, 2017

Pantun puasa

 Ayam hutan ditangkap lari Nak dipanah takut mati Hajatnya besar kata dicari Disusun indah agar dimengerti Cantiknya batik si ular sawa Membelit badan membawa padah Bersihkan hati sucikan jiwa Biar tenang nak beribadah Buluh ditebang dijadikan galah Jangan pula diambil serumpun Jika ada Ku tersilap dan salah Ku mohon belas harap diampun Ikan di sungai hendak dituba Habis mati timbul semua Ramadhan kutunggu akhirnya tiba Selamat berpuasa kepada semua Nota:  Sekiranya anda mengalami  sakit pinggang  disebabkan  slip disk ,  Evercare Physiotherapy  adalah tempat terbaik untuk mendapatkan rawatan.

Pesanan Tabib Cina

Saya jumpa seorang pakar perubatan tradisi Cina dan selepas memberitahu pekerjaan saya, dia bagi kata2 nasihat... "Lu mesti kuat exercise hali2 kayuh basikal, kawan tak ikut pun lu kayuh basikal solang2, lu ingat ha... Jangan minum teh di gerai2 apa lagi kopitiam atau haipeng. Minum banyak air suam. Jangan bawa kereta pigi kelaja, bagus naik pengangkutan awam , naik basikal atau jalan kaki. Jangan makan di luar. Kurangkan makan di kedai Arab, kedai Mamak atau kedai busat-busat. Jangan makan kambing, daging dan makanan laut. Banyk mkn sayuran. Sekali2 diet lah. Kalau lu diet hari2 lagi bagut..." Saya tertunduk... sambil bertanya balik tabib itu.."Bolekah saya tahu apa sebenarnya masalah saya? Tabib menggeleng-geleng kepala sambil menjawab.. "Gaji lu kicik, maa...".

Aurat

Aurat? Apa tu aurat? Adakah ianya sekadar pakai tudung, tutup rambut, pakai baju lengan panjang, pakai seluar panjang? Tak tak, tu memang tutup aurat tapi tak sempurna ada cacatnya. Bak kata orang "BUNGKUS aurat bukan TUTUP aurat." Aurat perempuan, Pertama, Betul pakai tudung, tetapi tudung yg melepasi bahagian dada dan menutupi bahu. Supaya tak nampak tulang bahu tu. Dah ada syarat ni, cukup dah. Kedua, Baju. Ya baju yg berlengan panjang dan pastikan dia tak ikut lengan tu. Dan kalau lengan dah panjang, tak moh lah duk sengseng lengan tu. Dan pastikan juga baju tu labuh melepasi pungung. Ketiga,  Seluar atau kain. Ya , nak sopan pakai kain. Kain yg tidak jarang. Tapi mana nak suka pakai seluar tu, boleh pakai tak salah pun. Tapi pastikan seluar tu longgar, jangan pakai yg duk ikut kaki tu. Keempat, Kaki. Ya ini paling ramai yg pandang rendah. Kaki juga aurat wahai hawaku sayang. Kaki juga lah paling senang nak jaga, hanya perlu pakai stokin. Pakai sto

kisah Isteri yg suka spot check suami..

Lawak suami isteri.  Ini kisah Isteri yg suka spot check suami.. Si isteri yang curiga kepada suami nya menelefon suaminya yang berada di rumah. Isteri : Hello abang kat mana ni? Suami : Kat rumah Yang. Isteri : Cuba abang hidupkan blender. Suami pun hidupkan blender "Brrreeee" Isteri : Ok lah. Esoknya si isteri telefon lagi suaminya. Isteri : Abang kat mana ni? Suami : Abang kat rumah Yang. Isteri : Tolong bunyikan blender. Suami pun hidupkan blender "Brrreeee" Isteri : Ok lah. Esoknya lagi si isteri pulang ke rumah tanpa memberitahu lebih dahulu. Dia dapati suaminya tiada di rumah. Cuma anaknya sahaja yang ada di rumah. Ibu : Ayah pergi mana? Anak : Tak tau, Tapi ayah ada bawa blender.

CERITA LELAKI BANYAK HUTANG HANTAR ORANG TUNAI HAJI KE MEKAH

Ini adalah cerita yang pernah berlaku di zaman dahulukala. Ia tdak ada kena-mengena dengan sesiapa atau mana-mana pihak, sama ada yang masih hidup, sedang mati atau sudah meninggal dunia. Di sebuah pekan, tinggal seorang lelaki yang tidak menentu dan tidak berapa ketahuan kehidupannya. Beliau bekerja di sebuah kasino dan dalam masa yang sama mempunyai hobi berjudi, minum arak dan berhutang di sana-sana untuk membiayai kehidupannya. Hidupnya kelihatan agak kaya dan bergaya. Kereta mewah dan rumahnya nampak besar-besar belaka. Tetapi, beliau bukanlah berasal daripada keturunan yang kaya-raya dan mempunyai banyak harta. Kepada rakan-rakan rapatnya, beliau ada bercerita mengenai hutangnya yang banyak dengan ceti dan harta-harta miliknya dijadikan cagaran untuk mendapatkan wang bagi membiayai gaya hidupnya. Jumlah bayaran bunga hutang-hutangnya kepada ceti itu tentulah amat tinggi dan boleh membuatkan orang-orang yang mendengarnya geleng kepala. Tetapi, beliau selalu senyum dan rela