Posts

Showing posts from July, 2021

Pantun puasa

 Ayam hutan ditangkap lari Nak dipanah takut mati Hajatnya besar kata dicari Disusun indah agar dimengerti Cantiknya batik si ular sawa Membelit badan membawa padah Bersihkan hati sucikan jiwa Biar tenang nak beribadah Buluh ditebang dijadikan galah Jangan pula diambil serumpun Jika ada Ku tersilap dan salah Ku mohon belas harap diampun Ikan di sungai hendak dituba Habis mati timbul semua Ramadhan kutunggu akhirnya tiba Selamat berpuasa kepada semua Nota:  Sekiranya anda mengalami  sakit pinggang  disebabkan  slip disk ,  Evercare Physiotherapy  adalah tempat terbaik untuk mendapatkan rawatan.

Ibu Bapa Derhaka

 "Biasa dengar kisah anak derhaka. Tak sangka pula ada istilah ibu bapa derhaka." Sebagaimana anak derhaka merujuk kepada mereka yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik kepada ibu bapa, manakala ibu bapa derhaka pula adalah mereka yang tidak menjalankan amanah Allah kepada anak-anak mereka. Nauzubillah... Semoga checklist ini jadi muhasabah buat diri kita selaku ibu bapa dan semoga kita semua dihindarkan dari memiliki ciri-ciri tersebut. Tidak mengajar anak mengenal ALLAH SWT. Merasakan anak sebagai bebanan Ada tetapi hakikatnya tiada, leka bermain handphone Tetapi ada yang lebih menyakitkan apabila melihat karenah dan telatah ahli politik. Sakit kaki dan sakit pinggang boleh diubati, tetapi sakit hati melihat ahli politik, tak terluah.