Posts

Showing posts from May, 2017

Pantun puasa

 Ayam hutan ditangkap lari Nak dipanah takut mati Hajatnya besar kata dicari Disusun indah agar dimengerti Cantiknya batik si ular sawa Membelit badan membawa padah Bersihkan hati sucikan jiwa Biar tenang nak beribadah Buluh ditebang dijadikan galah Jangan pula diambil serumpun Jika ada Ku tersilap dan salah Ku mohon belas harap diampun Ikan di sungai hendak dituba Habis mati timbul semua Ramadhan kutunggu akhirnya tiba Selamat berpuasa kepada semua Nota:  Sekiranya anda mengalami  sakit pinggang  disebabkan  slip disk ,  Evercare Physiotherapy  adalah tempat terbaik untuk mendapatkan rawatan.

Kesalahan Kesalahan Yang Biasa Penjual Di Bazar Ramadhan.

Baru 1 hari berpuasa, Bahagian Penguatkuasa KPDNKK dlm operasi bersepadu di Bazar Ramadhan telah mengesan  kesalahan peniaga peniaga kuih. Antaranya: 1. Mempamerkan Puteri Mandi dikhalayak ramai. 2. Tahi Itik dijumpai bersepah. 3. Tidak menyediakan kolam utk Badak Berendam. 4. Mencampur aduk makanan dan barangan makeup dgn menjual Seri Muka. 5. Terjumpa kuih Bom di tmpt awam. 6. Tiada badak dlm cucur badak. 7. Tepung pelita yg tidak boleh menyala. 8. Mempamerkan batang buruk pada org awam.

Selamat berpuasa...

saya memohon untuk berundur dari penulis blog ini buat sementara waktu kerana mendapat jemputan untuk menjadi Imam Masjid PutraJaya mulai esok. Saya ingin beri tumpuan sepenuhnya sepanjang bulan Ramadhan kerana tidak ingin diganggu oleh anda yang suka post gambar kuih muih & lauk  sepanjang ramadhan.... insyaallah lepas raya saya akan aktif menulis semula....sekian...

Selamat Berpuasa...

Sunyi tak bererti hilang. Diam tak bererti lupa. Jauh tak bererti putus. Retak tak bererti pecah. Semua insan tak terlepas dari kealpaan mari kita sambut bulan yang penuh keampunan ini dengan hati yang bersih saling memaafkan Semoga Ramadhan kali ini membawa rahmat yang berlimpah bagi yang ikhlas menjalaninya Selamat menjalani ibadah puasa esk ya Maaf zahir batin