Rumah Warisan di Tepi Bukit

Amir duduk termenung di hadapan rumah usang yang diwarisi daripada datuknya. Rumah itu terletak di tepi bukit, dengan pohon-pohon besar yang menggoyangkan ranting seolah-olah mahu memberi amaran. Surat terakhir datuknya bermain di kepala: "Jangan sesekali masuk ke bilik berkunci di tingkat tiga." Namun, Amir tidak terlalu percaya dengan perkara mistik. Baginya, amaran itu hanyalah helah untuk menakut-nakutkan orang. Pada malam pertama, rumah itu sunyi. Hanya bunyi cengkerik dan angin malam yang sesekali menampar tingkap. Namun, sekitar tengah malam, Amir terdengar sesuatu. Ketukan perlahan di atas siling, diikuti dengan suara berbisik. Sejuk rasa tengkuknya, tetapi dia mengingatkan dirinya: Ini mesti tikus atau burung. Namun, suara itu semakin kerap. Bisikan yang hampir tidak dapat difahami bertukar menjadi desisan. Di dalam mimpinya, datuknya muncul dengan wajah muram. "Amir, jangan buka pintu itu. Kau akan menyesal." Esoknya, Amir memeriksa seluruh rumah, tetapi...

Aurat

Aurat?


Apa tu aurat?


Adakah ianya sekadar pakai tudung, tutup rambut, pakai baju lengan panjang, pakai seluar panjang?
Tak tak, tu memang tutup aurat tapi tak sempurna ada cacatnya.
Bak kata orang "BUNGKUS aurat bukan TUTUP aurat."

Aurat perempuan,

Pertama,
Betul pakai tudung, tetapi tudung yg melepasi bahagian dada dan menutupi bahu. Supaya tak nampak tulang bahu tu. Dah ada syarat ni, cukup dah.

Kedua,
Baju. Ya baju yg berlengan panjang dan pastikan dia tak ikut lengan tu. Dan kalau lengan dah panjang, tak moh lah duk sengseng lengan tu. Dan pastikan juga baju tu labuh melepasi pungung.

Ketiga, 
Seluar atau kain. Ya , nak sopan pakai kain. Kain yg tidak jarang.
Tapi mana nak suka pakai seluar tu, boleh pakai tak salah pun. Tapi pastikan seluar tu longgar, jangan pakai yg duk ikut kaki tu.

Keempat,
Kaki. Ya ini paling ramai yg pandang rendah. Kaki juga aurat wahai hawaku sayang.
Kaki juga lah paling senang nak jaga, hanya perlu pakai stokin. Pakai stokin pula, jangan yg jarang mahupun nipis. Nipis tu boleh lah buat stokin tidur. Nak keluar pakai stokin tebal. Yg tak jarang sampai nampak kaki atau kulit kita.

Aku cuma nak tegur.
Kadang kita lalai dengan aurat yg sangat mudah nak jaga.
Mana yg ada terfikir nak cakap 'tak payah sibuk hal akulah.' 'Aku pandai jaga diri aku.' 'Kubur lain² kot. Kau sibuk kenapa?'

Usah lah kata begitu. Usahlahhh.
Sebab aku tak sibuklah, aku cuba sibukkan diri untuk tegur dan masuk syurga sama sama. Tak syok masuk sorang sorang weh.

Sebab kau cakap kau pandai jaga diri, lagilah aku risau.
Dan sebab kubur lain² lah aku tegur. Kalau kubur sama tak apa. Aku boleh cuba selamatkan.

Nasihat buat aku, kau, kita, dia, mereka, beliau, kalian, patik, hamba, semualah dan mana yg terbuka hati nak berhijrah.

Comments

Popular posts from this blog

Kelam Kabut Politik Malaysia

Tahukah anda- Perokok.

Bilakah masa yang sesuai untuk pisahkan anak daripada tempat tidur?