Pantun puasa

 Ayam hutan ditangkap lari Nak dipanah takut mati Hajatnya besar kata dicari Disusun indah agar dimengerti Cantiknya batik si ular sawa Membelit badan membawa padah Bersihkan hati sucikan jiwa Biar tenang nak beribadah Buluh ditebang dijadikan galah Jangan pula diambil serumpun Jika ada Ku tersilap dan salah Ku mohon belas harap diampun Ikan di sungai hendak dituba Habis mati timbul semua Ramadhan kutunggu akhirnya tiba Selamat berpuasa kepada semua Nota:  Sekiranya anda mengalami  sakit pinggang  disebabkan  slip disk ,  Evercare Physiotherapy  adalah tempat terbaik untuk mendapatkan rawatan.

kisah Isteri yg suka spot check suami..

Lawak suami isteri.

 Ini kisah Isteri yg suka spot check suami..
Si isteri yang curiga kepada suami nya menelefon suaminya yang berada di rumah.
Isteri : Hello abang kat mana ni?
Suami : Kat rumah Yang.
Isteri : Cuba abang hidupkan blender.
Suami pun hidupkan blender "Brrreeee"
Isteri : Ok lah.
Esoknya si isteri telefon lagi suaminya.
Isteri : Abang kat mana ni?
Suami : Abang kat rumah Yang.
Isteri : Tolong bunyikan blender.
Suami pun hidupkan blender "Brrreeee"
Isteri : Ok lah.

Esoknya lagi si isteri pulang ke rumah tanpa memberitahu lebih dahulu. Dia dapati suaminya tiada di rumah. Cuma anaknya sahaja yang ada di rumah.

Ibu : Ayah pergi mana?
Anak : Tak tau, Tapi ayah ada bawa blender.

Comments

OKje said…
Hihi......kelakolah pulak. Lain kali suruh laki hidupkan mesin basuh! Baru tau....

Popular posts from this blog

Telur Suami.

Tafsir Mimpi Seorang Isteri.