Rumah Warisan di Tepi Bukit

Amir duduk termenung di hadapan rumah usang yang diwarisi daripada datuknya. Rumah itu terletak di tepi bukit, dengan pohon-pohon besar yang menggoyangkan ranting seolah-olah mahu memberi amaran. Surat terakhir datuknya bermain di kepala: "Jangan sesekali masuk ke bilik berkunci di tingkat tiga." Namun, Amir tidak terlalu percaya dengan perkara mistik. Baginya, amaran itu hanyalah helah untuk menakut-nakutkan orang. Pada malam pertama, rumah itu sunyi. Hanya bunyi cengkerik dan angin malam yang sesekali menampar tingkap. Namun, sekitar tengah malam, Amir terdengar sesuatu. Ketukan perlahan di atas siling, diikuti dengan suara berbisik. Sejuk rasa tengkuknya, tetapi dia mengingatkan dirinya: Ini mesti tikus atau burung. Namun, suara itu semakin kerap. Bisikan yang hampir tidak dapat difahami bertukar menjadi desisan. Di dalam mimpinya, datuknya muncul dengan wajah muram. "Amir, jangan buka pintu itu. Kau akan menyesal." Esoknya, Amir memeriksa seluruh rumah, tetapi...

Pesanan Tabib Cina

Saya jumpa seorang pakar perubatan tradisi Cina dan selepas memberitahu pekerjaan saya, dia bagi kata2 nasihat...

"Lu mesti kuat exercise hali2 kayuh basikal, kawan tak ikut pun lu kayuh basikal solang2, lu ingat ha... Jangan minum teh di gerai2 apa lagi kopitiam atau haipeng. Minum banyak air suam.

Jangan bawa kereta pigi kelaja, bagus naik pengangkutan awam , naik basikal atau jalan kaki. Jangan makan di luar. Kurangkan makan di kedai Arab, kedai Mamak atau kedai busat-busat. Jangan makan kambing, daging dan makanan laut. Banyk mkn sayuran. Sekali2 diet lah. Kalau lu diet hari2 lagi bagut..."

Saya tertunduk... sambil bertanya balik tabib itu.."Bolekah saya tahu apa sebenarnya masalah saya?

Tabib menggeleng-geleng kepala sambil menjawab..

"Gaji lu kicik, maa...".

Comments

Popular posts from this blog

Kelam Kabut Politik Malaysia

Tahukah anda- Perokok.

Bilakah masa yang sesuai untuk pisahkan anak daripada tempat tidur?