Posts

Showing posts from August, 2018

Pantun puasa

 Ayam hutan ditangkap lari Nak dipanah takut mati Hajatnya besar kata dicari Disusun indah agar dimengerti Cantiknya batik si ular sawa Membelit badan membawa padah Bersihkan hati sucikan jiwa Biar tenang nak beribadah Buluh ditebang dijadikan galah Jangan pula diambil serumpun Jika ada Ku tersilap dan salah Ku mohon belas harap diampun Ikan di sungai hendak dituba Habis mati timbul semua Ramadhan kutunggu akhirnya tiba Selamat berpuasa kepada semua Nota:  Sekiranya anda mengalami  sakit pinggang  disebabkan  slip disk ,  Evercare Physiotherapy  adalah tempat terbaik untuk mendapatkan rawatan.

Tahukah anda- Perokok.

Tahukah anda merokok sehari satu setengah kotak bersamaan dengan 8000 mrem setahun iaitu bersamaan dengan 300 xray dada setahun. Namun, lebih ramai manusia yang takutkan radiasi daripada xray berbanding dengan asap rokok. Smoking is super bad.Berhentilah memusnahkan diri sendiri & orang lain. Kita berkongsi udara yang sama.