Rumah Warisan di Tepi Bukit

Amir duduk termenung di hadapan rumah usang yang diwarisi daripada datuknya. Rumah itu terletak di tepi bukit, dengan pohon-pohon besar yang menggoyangkan ranting seolah-olah mahu memberi amaran. Surat terakhir datuknya bermain di kepala: "Jangan sesekali masuk ke bilik berkunci di tingkat tiga." Namun, Amir tidak terlalu percaya dengan perkara mistik. Baginya, amaran itu hanyalah helah untuk menakut-nakutkan orang. Pada malam pertama, rumah itu sunyi. Hanya bunyi cengkerik dan angin malam yang sesekali menampar tingkap. Namun, sekitar tengah malam, Amir terdengar sesuatu. Ketukan perlahan di atas siling, diikuti dengan suara berbisik. Sejuk rasa tengkuknya, tetapi dia mengingatkan dirinya: Ini mesti tikus atau burung. Namun, suara itu semakin kerap. Bisikan yang hampir tidak dapat difahami bertukar menjadi desisan. Di dalam mimpinya, datuknya muncul dengan wajah muram. "Amir, jangan buka pintu itu. Kau akan menyesal." Esoknya, Amir memeriksa seluruh rumah, tetapi...

Kain Kapan Di Atas Kepala!

Pelik juga serban lagi besar dari kepala!

Sekiranya anda sempat singgah di maqam Sultan Muhammad Al Fatih terdapat perkara yang paling menarik perhatian iaitu serban besar yang terletak di bahagian atas maqam Sultan Al Fatih ni.

Berdasarkan gambar lama menunjukkan serban sebenar Sultan Muhammad Al Fatih ni memang serbannya lagi besar daripada kepala dan lagi lebar daripada muka.

Tahukah anda mengapa serbannya besar?

Serban tu sebenarnya adalah kain kafan dia. Kain kafan itulah yang Sultan Muhammad Al Fatih duk junjung tiap masa "

Sultan Muhammad Al Fatih adalah individu yang berjaya menawan kota terbesar dunia, Constantinople pada usia 21 tahun rupa-rupanya menjunjung kain kafannya setiap masa!

Bila kita ingat mati, kita taknak dah dengki mendengki.
Bila kita ingat mati, kita taknak dah mencaci maki.
Bila kita ingat mati, fokus kita lebih tinggi.
Bila kita ingat mati, kita lebih persiapkan diri.
Bila kita ingat mati, masa jadi lebih berkualiti.


Comments

Popular posts from this blog

Kelam Kabut Politik Malaysia

Tahukah anda- Perokok.

Bilakah masa yang sesuai untuk pisahkan anak daripada tempat tidur?