Rumah Warisan di Tepi Bukit

Amir duduk termenung di hadapan rumah usang yang diwarisi daripada datuknya. Rumah itu terletak di tepi bukit, dengan pohon-pohon besar yang menggoyangkan ranting seolah-olah mahu memberi amaran. Surat terakhir datuknya bermain di kepala: "Jangan sesekali masuk ke bilik berkunci di tingkat tiga." Namun, Amir tidak terlalu percaya dengan perkara mistik. Baginya, amaran itu hanyalah helah untuk menakut-nakutkan orang. Pada malam pertama, rumah itu sunyi. Hanya bunyi cengkerik dan angin malam yang sesekali menampar tingkap. Namun, sekitar tengah malam, Amir terdengar sesuatu. Ketukan perlahan di atas siling, diikuti dengan suara berbisik. Sejuk rasa tengkuknya, tetapi dia mengingatkan dirinya: Ini mesti tikus atau burung. Namun, suara itu semakin kerap. Bisikan yang hampir tidak dapat difahami bertukar menjadi desisan. Di dalam mimpinya, datuknya muncul dengan wajah muram. "Amir, jangan buka pintu itu. Kau akan menyesal." Esoknya, Amir memeriksa seluruh rumah, tetapi...

Telur Suami.

Sarah tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka. Sudah 20 tahun kotak hitam itu di situ. Satu hari ketika membersihkan bilik, Sarah tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu. Sarah terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji telur ayam dan wang tunai RM 3000. Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan bertanya kepada suaminya,

"Kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita?"

Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab,

"Sayang, setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai tanda penyesalan.."

Sarah terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya. Kemudian Sarah bertanya lagi,

"Tapi abang kenapa ada duit RM 3000?"

Dengan suara terketar-ketar suaminya menjawab,
"Setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual dan duit abang letak dekat situ."

Comments

Popular posts from this blog

Kelam Kabut Politik Malaysia

Tahukah anda- Perokok.

Bilakah masa yang sesuai untuk pisahkan anak daripada tempat tidur?