Rumah Warisan di Tepi Bukit

Amir duduk termenung di hadapan rumah usang yang diwarisi daripada datuknya. Rumah itu terletak di tepi bukit, dengan pohon-pohon besar yang menggoyangkan ranting seolah-olah mahu memberi amaran. Surat terakhir datuknya bermain di kepala: "Jangan sesekali masuk ke bilik berkunci di tingkat tiga." Namun, Amir tidak terlalu percaya dengan perkara mistik. Baginya, amaran itu hanyalah helah untuk menakut-nakutkan orang. Pada malam pertama, rumah itu sunyi. Hanya bunyi cengkerik dan angin malam yang sesekali menampar tingkap. Namun, sekitar tengah malam, Amir terdengar sesuatu. Ketukan perlahan di atas siling, diikuti dengan suara berbisik. Sejuk rasa tengkuknya, tetapi dia mengingatkan dirinya: Ini mesti tikus atau burung. Namun, suara itu semakin kerap. Bisikan yang hampir tidak dapat difahami bertukar menjadi desisan. Di dalam mimpinya, datuknya muncul dengan wajah muram. "Amir, jangan buka pintu itu. Kau akan menyesal." Esoknya, Amir memeriksa seluruh rumah, tetapi...

Tafsir Mimpi Seorang Isteri.

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari ulang tahun kelahiran ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“...

Comments

Popular posts from this blog

Kelam Kabut Politik Malaysia

Tahukah anda- Perokok.

Bilakah masa yang sesuai untuk pisahkan anak daripada tempat tidur?