Posts

Kebaikan ChatGPT dalam Kehidupan Seharian

 ChatGPT ialah kecerdasan buatan (AI) yang boleh membantu dalam banyak perkara. Ia bukan sekadar alat sembang, tetapi juga boleh memudahkan kerja dan menjimatkan masa. Berikut adalah beberapa kebaikan ChatGPT: 1. Membantu dalam Pembelajaran ChatGPT boleh menjawab soalan, menerangkan pelajaran, dan membantu memahami topik yang sukar seperti matematik, sains, dan bahasa. 2. Menjimatkan Masa Ia boleh membantu menulis e-mel, menyediakan ringkasan, atau mencari maklumat dengan cepat, menjadikan kerja lebih mudah dan cepat disiapkan. 3. Membantu dalam Penulisan Bagi yang suka menulis, ChatGPT boleh memberikan idea, membantu menulis artikel, cerpen, atau skrip iklan. 4. Memberikan Khidmat Pelanggan 24 Jam Dalam perniagaan, ChatGPT boleh menjadi chatbot yang menjawab soalan pelanggan pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu pekerja manusia. 5. Membantu dalam Terjemahan dan Bahasa ChatGPT boleh menterjemah ayat ke dalam pelbagai bahasa dan membantu pengguna belajar bahasa baru. 6. Memberi I...

KERUSI BERNYAWA DI KAMPUNG PUAKA

Di sebuah kampung terpencil bernama Kampung Puaka, ada sebuah kerusi buruk di bawah pokok kekabu. Kerusi itu nampak biasa—tapi semua orang kampung tahu, barang siapa yang duduk di atasnya, pasti akan mengalami kejadian aneh. Pak Jali, seorang tukang kebun yang suka mencuba benda pelik, suatu hari nekad duduk di atas kerusi itu. Baru saja punggungnya mencecah, tiba-tiba kerusi itu bergoyang sendiri dan suara garau kedengaran: "HOI! BERATNYA KAU! APA KAU MAKAN??" Pak Jali menjerit dan melompat, tapi peliknya, dia tak boleh bangun! Punggungnya melekat pada kerusi seperti kena gam gajah. Orang kampung yang melihat kejadian itu mula menjerit. Mak Jah, yang terkenal dengan mulut becoknya, mula membaca ayat kursi (tapi tersasul jadi resepi ayam percik). Tiba-tiba, kerusi itu bergerak sendiri, berlari ke arah hutan sambil membawa Pak Jali yang meraung ketakutan. "TOLOOONG! KERUSI NI ADA KAKI!" Ketua kampung, Tok Imam Saad, datang dengan sebaldi air. "Kita renjis air pe...

Rumah Warisan di Tepi Bukit

Amir duduk termenung di hadapan rumah usang yang diwarisi daripada datuknya. Rumah itu terletak di tepi bukit, dengan pohon-pohon besar yang menggoyangkan ranting seolah-olah mahu memberi amaran. Surat terakhir datuknya bermain di kepala: "Jangan sesekali masuk ke bilik berkunci di tingkat tiga." Namun, Amir tidak terlalu percaya dengan perkara mistik. Baginya, amaran itu hanyalah helah untuk menakut-nakutkan orang. Pada malam pertama, rumah itu sunyi. Hanya bunyi cengkerik dan angin malam yang sesekali menampar tingkap. Namun, sekitar tengah malam, Amir terdengar sesuatu. Ketukan perlahan di atas siling, diikuti dengan suara berbisik. Sejuk rasa tengkuknya, tetapi dia mengingatkan dirinya: Ini mesti tikus atau burung. Namun, suara itu semakin kerap. Bisikan yang hampir tidak dapat difahami bertukar menjadi desisan. Di dalam mimpinya, datuknya muncul dengan wajah muram. "Amir, jangan buka pintu itu. Kau akan menyesal." Esoknya, Amir memeriksa seluruh rumah, tetapi...

Pantun puasa

 Ayam hutan ditangkap lari Nak dipanah takut mati Hajatnya besar kata dicari Disusun indah agar dimengerti Cantiknya batik si ular sawa Membelit badan membawa padah Bersihkan hati sucikan jiwa Biar tenang nak beribadah Buluh ditebang dijadikan galah Jangan pula diambil serumpun Jika ada Ku tersilap dan salah Ku mohon belas harap diampun Ikan di sungai hendak dituba Habis mati timbul semua Ramadhan kutunggu akhirnya tiba Selamat berpuasa kepada semua Nota:  Sekiranya anda mengalami  sakit pinggang  disebabkan  slip disk ,  Evercare Physiotherapy  adalah tempat terbaik untuk mendapatkan rawatan.

Kelam Kabut Politik Malaysia

Pada mulanya dia ingat bila batalkan ordinan darurat, sidang parlimen tak perlu bahas dan mengundi lagi. Sebabnya kalau ada pengundian, habis la kantoi tak cukup majoriti. Sekali keluar masalah lain. Kelam kabut kerajaan ni. Yang susah siapa? Jentera kerajaan la susah. KKM, polis, pendakwaraya. Biasanya ada penwartaan akta. Haa. Ni batal akta pun tak ada ni. Untung la siapa kena kompaun selepas 21 haribulan.  Mahkamah pun pening. Surat kerajaan kata dah batal. Dalam sistem belum lagi. Nak ikut siapa?  Sakit Scoliosis lebih mudah nak diubati berbanding sakit otak ahli politik Malaysia

Ibu Bapa Derhaka

 "Biasa dengar kisah anak derhaka. Tak sangka pula ada istilah ibu bapa derhaka." Sebagaimana anak derhaka merujuk kepada mereka yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik kepada ibu bapa, manakala ibu bapa derhaka pula adalah mereka yang tidak menjalankan amanah Allah kepada anak-anak mereka. Nauzubillah... Semoga checklist ini jadi muhasabah buat diri kita selaku ibu bapa dan semoga kita semua dihindarkan dari memiliki ciri-ciri tersebut. Tidak mengajar anak mengenal ALLAH SWT. Merasakan anak sebagai bebanan Ada tetapi hakikatnya tiada, leka bermain handphone Tetapi ada yang lebih menyakitkan apabila melihat karenah dan telatah ahli politik. Sakit kaki dan sakit pinggang boleh diubati, tetapi sakit hati melihat ahli politik, tak terluah.

Bilakah masa yang sesuai untuk pisahkan anak daripada tempat tidur?

Tempat tidur. Sedar atau tidak, ibu-bapa yang terlalu menurut kemahuan anak untuk tidur bersama si ibu sebenarnya sedang menyumbang kepada keretakan perhubungan sesama pasangan. Kesian, tak sampai hati, tak suka dengar anak melalak sebab tak nak tidur asing sentiasa menjadi alasan yang menyebabkan suami dan isteri tidur berasingan. Tidur berasingan ini sangat tidak baik sebenarnya. Mungkin ramai yang rasa waktu tidur adalah waktu tidur sahaja. Tetapi tidak. Waktu tidur adalah waktu di mana suami dan isteri sepatutnya berada di dunianya yang tersendiri. Terasa kehangatan badan pasangan yang dicintai berada di sebelah. Segala sentuhan, pelukan, dakapan, urut-urutan dan usap-usapan menjadi sesuatu yang sangat bermakna dalam perhubungan. Berhentilah mencari sebab kenapa anda dan pasangan tidak lagi ada perasaan seperti dulu. Cuba tengok antara benda terpenting di dalam perkahwinan, iaitu di bilik tidur dahulu. Saya bukan bercakap mengenai seks. Saya bercakap mengenai masa peribadi ...