Posts

Showing posts from April, 2022

Kebaikan ChatGPT dalam Kehidupan Seharian

 ChatGPT ialah kecerdasan buatan (AI) yang boleh membantu dalam banyak perkara. Ia bukan sekadar alat sembang, tetapi juga boleh memudahkan kerja dan menjimatkan masa. Berikut adalah beberapa kebaikan ChatGPT: 1. Membantu dalam Pembelajaran ChatGPT boleh menjawab soalan, menerangkan pelajaran, dan membantu memahami topik yang sukar seperti matematik, sains, dan bahasa. 2. Menjimatkan Masa Ia boleh membantu menulis e-mel, menyediakan ringkasan, atau mencari maklumat dengan cepat, menjadikan kerja lebih mudah dan cepat disiapkan. 3. Membantu dalam Penulisan Bagi yang suka menulis, ChatGPT boleh memberikan idea, membantu menulis artikel, cerpen, atau skrip iklan. 4. Memberikan Khidmat Pelanggan 24 Jam Dalam perniagaan, ChatGPT boleh menjadi chatbot yang menjawab soalan pelanggan pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu pekerja manusia. 5. Membantu dalam Terjemahan dan Bahasa ChatGPT boleh menterjemah ayat ke dalam pelbagai bahasa dan membantu pengguna belajar bahasa baru. 6. Memberi I...

Pantun puasa

 Ayam hutan ditangkap lari Nak dipanah takut mati Hajatnya besar kata dicari Disusun indah agar dimengerti Cantiknya batik si ular sawa Membelit badan membawa padah Bersihkan hati sucikan jiwa Biar tenang nak beribadah Buluh ditebang dijadikan galah Jangan pula diambil serumpun Jika ada Ku tersilap dan salah Ku mohon belas harap diampun Ikan di sungai hendak dituba Habis mati timbul semua Ramadhan kutunggu akhirnya tiba Selamat berpuasa kepada semua Nota:  Sekiranya anda mengalami  sakit pinggang  disebabkan  slip disk ,  Evercare Physiotherapy  adalah tempat terbaik untuk mendapatkan rawatan.