Posts

Showing posts from March, 2020

Kebaikan ChatGPT dalam Kehidupan Seharian

 ChatGPT ialah kecerdasan buatan (AI) yang boleh membantu dalam banyak perkara. Ia bukan sekadar alat sembang, tetapi juga boleh memudahkan kerja dan menjimatkan masa. Berikut adalah beberapa kebaikan ChatGPT: 1. Membantu dalam Pembelajaran ChatGPT boleh menjawab soalan, menerangkan pelajaran, dan membantu memahami topik yang sukar seperti matematik, sains, dan bahasa. 2. Menjimatkan Masa Ia boleh membantu menulis e-mel, menyediakan ringkasan, atau mencari maklumat dengan cepat, menjadikan kerja lebih mudah dan cepat disiapkan. 3. Membantu dalam Penulisan Bagi yang suka menulis, ChatGPT boleh memberikan idea, membantu menulis artikel, cerpen, atau skrip iklan. 4. Memberikan Khidmat Pelanggan 24 Jam Dalam perniagaan, ChatGPT boleh menjadi chatbot yang menjawab soalan pelanggan pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu pekerja manusia. 5. Membantu dalam Terjemahan dan Bahasa ChatGPT boleh menterjemah ayat ke dalam pelbagai bahasa dan membantu pengguna belajar bahasa baru. 6. Memberi I...

Bilakah masa yang sesuai untuk pisahkan anak daripada tempat tidur?

Tempat tidur. Sedar atau tidak, ibu-bapa yang terlalu menurut kemahuan anak untuk tidur bersama si ibu sebenarnya sedang menyumbang kepada keretakan perhubungan sesama pasangan. Kesian, tak sampai hati, tak suka dengar anak melalak sebab tak nak tidur asing sentiasa menjadi alasan yang menyebabkan suami dan isteri tidur berasingan. Tidur berasingan ini sangat tidak baik sebenarnya. Mungkin ramai yang rasa waktu tidur adalah waktu tidur sahaja. Tetapi tidak. Waktu tidur adalah waktu di mana suami dan isteri sepatutnya berada di dunianya yang tersendiri. Terasa kehangatan badan pasangan yang dicintai berada di sebelah. Segala sentuhan, pelukan, dakapan, urut-urutan dan usap-usapan menjadi sesuatu yang sangat bermakna dalam perhubungan. Berhentilah mencari sebab kenapa anda dan pasangan tidak lagi ada perasaan seperti dulu. Cuba tengok antara benda terpenting di dalam perkahwinan, iaitu di bilik tidur dahulu. Saya bukan bercakap mengenai seks. Saya bercakap mengenai masa peribadi ...